//]]> //]]> //]]>

Sila masukkan alamat email jika ingin Artikel terkini dihantar terus ke email anda:

qrcode

Sekiranya artikel-artikel di blog ini berguna,Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain,gunakan facebook,twitter atau google plus.
dari

admin blog:

joyiman

teksi
TAXI SERVICE 24 Hours From:
KUALA LUMPUR,AMPANG,
GOMBAK,SELAYANG,RAWANG,
KEPONG,SG BULUH
PETALING JAYA, DAMANSARA
SUBANG JAYA, SHAH ALAM.
TO
KLIA Airport & Outstation
email to :
taxiklia@yahoo.com.my
with big luggages and credit card accept
http://mytaxiklia.blogspot.my
Home » » Proton Inspira akan di lancarkan

Proton Inspira akan di lancarkan




Proton Inspira...Model hasil perkongsian bijak Proton dan Mitsubishi Motors Corp.(MMC) itu akan dilancarkan pada 10 November depan. Harga di pasaran bagi model terbaru ini antara RM79,888 hingga RM95,000.

Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Berhad (Proton) bakal melancarkan wajah baru bagi Waja pada November ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, wajah baru Waja adalah hasil kerjasama dengan Mitsubishi Motor .

“Pada masa ini, model baru Waja berkenaan sudah di peringkat pandu uji dan dijangka akan menarik lebih ramai pembeli,” katanya.

Menurutnya, model berkenaan juga hasil daripada maklum balas pelanggan yang menggunakan Waja sebelum ini.
“Pada masa ini, model 
“Kita lihat mereka mahu sesuatu lebih daripada Waja yang sedia ada dan model itu didatangkan dengan enjin baru serta semua peralatan baru, jadi pelanggan harus menunggu ianya dilancarkan secara rasmi akhir tahun ini,” katanya.

Ditanya mengenai harga bagi model berkenaan, Syed Zainal Abidin berkata, harganya melebihi harga Waja sedia ada.

“Namun ianya berbaloi kerana pengguna akan dapat menikmati sepenuhnya harga berkenaan dengan memilikinya,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan Proton di Shah Alam, semalam.

Selain itu, Syed Zainal Abidin berkata, Proton kini dalam proses membangunkan kenderaan hybric dan elektrik.

“Bersesuaian dengan standard persekitaran di pasaran kenderaan global, kenderaan ini mempunyai potensi besar untuk menjadi peneraju di negara Asia Selatan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Proton, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh berkata, bagi tahun kewangan 2009/2010 yang berakhir pada 31 Mac lalu, sebanyak 26 peratus peningkatan menjadikannya RM8226.9 juta berbanding tahun sebelumnya RM6518.7 juta.

“Kejayaan berkenaan disokong oleh beberapa faktor antaranya pemulihan ekonomi, peningkatan jualan kenderaan tiga model utama iaitu Saga, Persona dan Exora, margin keuntungan yang lebih baik dan sebagainya,” katanya.
Aku Dan Teksi © Template Design by joyiman | Publisher : Free Templates for blog| © Best View With Google Chrome