//]]> //]]> //]]>

Sila masukkan alamat email jika ingin Artikel terkini dihantar terus ke email anda:

qrcode

Sekiranya artikel-artikel di blog ini berguna,Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain,gunakan facebook,twitter atau google plus.
dari

admin blog:

joyiman

teksi
TAXI SERVICE 24 Hours From:
KUALA LUMPUR,AMPANG,
GOMBAK,SELAYANG,RAWANG,
KEPONG,SG BULUH
PETALING JAYA, DAMANSARA
SUBANG JAYA, SHAH ALAM.
TO
KLIA Airport & Outstation
email to :
taxiklia@yahoo.com.my
with big luggages and credit card accept
http://www.taxiklia.net
Home » , » gitar

gitar

Selepas jumaat tadi aku jadi malas hendak keluar,kenapa sikap malas tetiba datang melanda aku pun tak tahu,mungkin megenangkan setiap hari jumaat jln jem teruk,apatah lagi kalau hujan,alamatnya bersidanglah ahli parliman di kedai kopi,macam-macam topik keluar,dari pada aku bersidang kat kedai,baik aku mengadap coumputer buruk akuni.

Apa ceta hendak tulis aku pun tak tahu,sebab mingguni tiada yg menarik tentang tugas seharianku.Aku akan tulis tentang pengalaman lalu,kepada yg rajin baca blog ini,dan megikutnya,mungkin dapat sedikit info ketika menaiki teksi.

Ada blog2 yangku layari menceritakan kisah metar teksi yg laju,lebih mahal dari kebiasaan.Mereka sebenarnya telah menaiki teksi rocket namanya.

Di awal pembabitan aku didalam kerjaya ini, sekitar tahun 1997,aku rajin bercampur dengan otai2 kerana ingin berguru mennambah pengalaman bagaimanakah selokbelok tipu muslihat seorang pemandu teksi sehinga aku menjadi seorang yg pro.kata orang la!!



Tentang teksi rocket,ialah bila metar teksi bergerak terlalu pantas menyebabkan harga menjadi mahal.
Untuk membuatnya amat telalu mudah hata orang ramai sekali pun,kalau melihatnya.Tapi ia berfungsi kepada metar berjenama PIC buatan taiwan,(gambar yg aku paparkan di atas)kalau jenama lain ia kurang menjadi.Untu membuatnya hanya memerlukan seutas wayar shj,kebiasan wayar phone kerana ia tunggal tak berserabut.Apa yg perlu di buat,hujung wayar tadi di sambungkan kepada soket meter teksi dan hujung satu lagi di gesekan kepada body kereta,itu shj maka meter bergerak mengikut sebanyak mana kita mengeseknya.Tempat2 yang selalu hendak di gesekan kepada body hanya ada 3 tempat shj untuk teksi iswara kerana ia mudah di capai tangan.Ia selalu di gesekan dekat besi kerusi pemandu sebelah kanan(kebanyakan pemandu meletakanya di sini) dekat kunci kereta dan di dalam getah pelindung gear.

Pemanduan orang yg mempunyai gitar ini(istilah pemandu kerana mengeseknya umpama kita memetik gitar)sentiasa berhemah tidak laju tidak perlahan sopan santun gitu!!!umpama orang yg baik sambil megena,memetik gitar mendendangkan lagu2cinta membuat penumpang terlena dan terkena.Ia banyak di gunakan pemandu2 indon.( hijooo)

Bagi aku yg pro ini, itu permainan budak2yg baru nak belajar kerana ada yg lebih estrem/canggih lagi(intilah pemandu toyol) kerana memerlukan pengatauhan,di pasang oleh pekerja2 kedai meter dan di kenakan bayaran dari rm60 -rm100.((aku semasa bruntal/bujang dahulu banyak menghasilkanya.Ya!!Allah ampunkanlah dosa-dosaku dahulu kerana aku banyak membuat dosa)) Untuk membuatnya kita memerlukan satu relly lampu, mentol kecil ,sebatang eletrott,wayer dan yg penting suis yg kecil.
Suis2 ini selalunya di letakan di bawah pedal klush supaya senang kita memijaknya tidak memerlukan tangan untuk mengesek hanya tekan suis shj.Suis ini boleh di letakan di mana shj megikut kesesuaian pemandu,seperti brek,hujung brek tangan,tombol kepala gear,suis wipper,lampu,hon dan sebagainya.

Pemanduan,kena buat kelamkabut sikit,sekali suis di tekan boleh naik banyak,supaya penumpang tidak memberi perhatian kepada meter,membuat kelamkabut itu bergantung kepada creative pemandu tersebut,seperti tak tahu tempat,terlajak simpang dan sebagainya.Banyak di gunakan oleh apek,maca dan pro.segala jenis meter buatan taiwan boleh di gunakan.Made in italy shj tidak boleh.

Satu lagi adalah dengan ajust meter supaya cepat dengan kilomete dan masa sebagai contoh sekarang jarak 115meter dan21 saat baru naik 10sen kita pendekan jadi 90meter dan 15saat naik 10sen.Pengunaan ini di buat di kedai meter.Semua orang akan terkena kerana ia kekal.nak pi puspokom baru ajust balik kat kedai meter.ia banyak di gunakan oleh siin.nuun.laam.alif

Itulah aku dahulu bukan sekarang.kerana rezeki yg tidak berkat walaupun banyak duit membuat kita tidak tenang,resah gelisah,panas baran dan sebagainya.kini kehidupan aku lebih tenang aman dan aku tabah menghadapi apa jua balasan di atas dosa2ku yg lalu, semoga Allah ampunkan aku!! AMINN!!!
Aku Dan Teksi © Template Design by joyiman | Publisher : Free Templates for blog| © Best View With Google Chrome