//]]> //]]> //]]>

Sila masukkan alamat email jika ingin Artikel terkini dihantar terus ke email anda:

qrcode

Sekiranya artikel-artikel di blog ini berguna,Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain,gunakan facebook,twitter atau google plus.
dari

admin blog:

joyiman

teksi
TAXI SERVICE 24 Hours From:
KUALA LUMPUR,AMPANG,
GOMBAK,SELAYANG,RAWANG,
KEPONG,SG BULUH
PETALING JAYA, DAMANSARA
SUBANG JAYA, SHAH ALAM.
TO
KLIA Airport & Outstation
email to :
taxiklia@yahoo.com.my
with big luggages and credit card accept
http://www.taxiklia.net
Home » » Melayu

Melayu

Dunia perniagaan Melayu sangat berbeza dengan orang Cina. Kita perlu mengakui dalam dunia perniagaan Melayu memang jarang dan sukar usahawan Melayu akan tolong sesama usahawan Melayu. Keadaan ini jauh berbeza dengan dunia perniagaan orang Cina yang akan saling bantu membantu sesama mereka. Dalam konteks Melayu tolong Melayu, pengalaman menegaskan bahawa cuma kakitangan awam kerajaan yang mengamalkan perkara tersebut. Ini pun disebabkan polisi kerajaan.

Cuba kita renungkan persoalan-persoalan ini. Adakah pengilang-pengilang Melayu mengeluarkan barangan yang boleh dijual di kedai Melayu atau dijual peniaga atau pembekal Melayu? Jawapannya tidak, majoriti mereka membuka kilang untuk tender/kontrak kerajaan melainkan perniagaan makanan dan minuman sahaja. Adakah pengilang-pengilang Melayu membeli barangan keperluan kilang daripada usahawan Melayu atau pembekal Melayu?. Jawapannya juga tidak, keseluruhannya mereka mendapatkan daripada peniaga Cina dengan alasan sudah biasa dan harga lebih murah.

Selain itu, adakah juga kontraktor-kontraktor binaan Melayu yang dapat kontrak kerajaan bernilai jutaan ringgit mendapatkan bekalan mereka daripada pembekal Melayu? Jawapannya juga tidak, hanya kontraktor-kontraktor Melayu yang dapat projek sahaja, menjadi kaya dan mendapat manfaat ialah ratusan malah ribuan pembekal Cina. Contoh lain, mengapa orang Melayu lebih suka menghantar kereta mereka ke bengkel orang Cina dengan alasan sudah biasa dan lebih yakin perkhidmatan di bengkel orang Cina. Orang Melayu juga lebih suka minum di kopitiam kepunyaan orang Cina yang diragui status halal makanan disediakan.

Dalam dunia perniagaan Melayu sebenarnya tidak ada sikap ‘bagai aur dengan tebing’. Justeru, sikap dan mentaliti usahawan Melayu perlu berubah secara total terhadap slogan ‘Melayu tolong Melayu’ dan hasrat kerajaan untuk mencapai sasaran 30 peratus usahawan Bumiputera. Sebenarnya, kunci kejayaan dan kekuatan bangsa Cina dalam bidang ekonomi terletak pada kewujudan apa yang dipanggil ‘jaringan pohon buluh’ dalam kalangan usahawan mereka. Malah jaringan ini diamalkan dalam dewan dan persatuan perniagaan bangsa Cina dalam kalangan usahawan mereka. Dalam kata lain orang Cina mempunyai tahap perpaduan dan kerjasama erat dalam kalangan usahawan mereka hingga dapat menguasai bidang ekonomi di Malaysia, malah di serata pelosok tempat di dunia ini.

Walaupun kerajaan melalui agensi-agensinya sentiasa memberi sokongan dan membantu usahawan Melayu, ia tidak akan berjaya sekiranya mereka tidak mengubah sikap ‘ Melayu tolong Melayu’ dan mengamalkan ‘jaringan pohon buluh’ seperti diamalkan kalangan usahawan Cina selama ini di negara kita. Justeru, orang Melayu harus sedar, siapa lagi yang akan menolong mereka, jika tidak bangsanya sendiri.
Aku Dan Teksi © Template Design by joyiman | Publisher : Free Templates for blog| © Best View With Google Chrome