//]]> //]]> //]]>

Sila masukkan alamat email jika ingin Artikel terkini dihantar terus ke email anda:

qrcode

Sekiranya artikel-artikel di blog ini berguna,Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain,gunakan facebook,twitter atau google plus.
dari

admin blog:

joyiman

teksi
TAXI SERVICE 24 Hours From:
KUALA LUMPUR,AMPANG,
GOMBAK,SELAYANG,RAWANG,
KEPONG,SG BULUH
PETALING JAYA, DAMANSARA
SUBANG JAYA, SHAH ALAM.
TO
KLIA Airport & Outstation
email to :
taxiklia@yahoo.com.my
with big luggages and credit card accept
http://www.taxiklia.net
Home » , , » Rakyat semakin bangkit demi masa depan cucu-cicit

Rakyat semakin bangkit demi masa depan cucu-cicit

Aku seperti kebanyakan orang lain, hanya insan biasa dan perlu mencari rezeki demi meneruskan kehidupan. Sepertimana orang lain di dunia yang kebanyakan macam aku tidak kira warna kulit, agama dan bangsa pada hakikatnya adalah sama.

Sama dari aspek pegangan kehidupan, kita semua perlu makan untuk terus hidup, punya tanggungjawab dan punya keperluan. Realiti dan fantasi senantiasa bersilih ganti demi mencari kesenangan dalam kehidupan. Ada mahu terus hidup, ada mahu nama, ada mahu harta berjuta semuanya adalah fitrah kita sebagai manusia yang inginkan syurga dunia.

Namun, segalanya berpaksikan pada hakikat realiti individu tersendiri. Aku adalah aku yang pada hakikatnya seorang manusia bertaraf insan di bumi Malaysia bergelar RAKYAT.


Apalah daya aku sebagai rakyat yang hanya patuh dan akur terhadap rencana atau agenda ciptaan manusia lain bertaraf pemimpin. Sebuah golongan elit yang secara langsung menentukan hala tuju manusia seperti aku sebagai rakyat.

Upaya dan daya mereka lebih dari aku. Ibarat lalang, ditiup ke kanan maka ke kanan aku, ditiup ke kiri maka ke kiri aku. Jangan dilupa lalang tetap berakar seperti hidupan hijau lain di dunia. Aku tetap berpendirian seperti insan marhain yang lain. Masih mampu membezakan mana baik dan jahat, mana benar dan palsu.

Bersyukur, aku tetap bersyukur menjadi anak Malaysia, menikmati kehidupan yang aman dan sejahtera. Namun, di sebalik keamanan yang dikecapi, aku tetap berasa tertindas dan keliru akan konsep sebenar keadilan.

Tetap menjadi boneka yang dipaksa akur dengan segala keputusan pemimpin. Bila bersuara dikata lupa jasa. Aku tidak sanggup melihat kejatuhan Negara ini dengan hanya bayaran jasa dan nikmat keamanan yang dikecapi hari ini tapi belum tentu esoknya.

Prospek jelas tampak menunjukkan Negara ini porak peranda dan semakin pudar akan konsep demokrasi berparlimen yang diamalkan. Aku sebagai rakyat, mereka sebagai pemimpin semakin tidak selari. Banyak perkara tersingkap cuba diselimutkan sapu tangan.

Akibatnya, ia makin terserlah dan rakyat seperti aku makin celik. Sembang dan gebang, semua disekat, mana lagi orang bertaraf seperti aku untuk bersuara?

Perhimpunan aman Bersih 2.0 yang bakal berlangsung pada 9 Julai ini menjadi ukuran kepada pemimpin hari ini bermuhasabah diri.

Jangan gentar dan takut, kerana perhimpunan aman ini hanyalah sebahagian daripada amalan demokrasi yang kita amalkan bertahun-tahun lamanya. Apa digentar rakyat berpaling jika yakin masih mampu berkuasa dan sentiasa memperjuangkan rakyat.

Mungkin perhimpunan Bersih 2.0 yang dijangka berlangsung hujung minggu ini hanyalah retorik politik untuk menggemparkan BN dan kroni-kroninya sahaja.

Kenapa menggelabah ? Kenapa perlu mentafsir segala macam akibat jika perkara tersebut masih belum berlaku?

Ini menunjukkan sememangnya dacing sudah tidak lagi seimbang malah golongan ini benar-benar yakin seolah-olah perhimpunan Bersih 2.0 pasti berlaku.

Mungkin ada salahnya dulu yang kini menjadi bayang menghantui mereka. Walau apa pun, semuanya hanya andaian.

Jika benar rakyat Malaysia sanggup meredah tembakan air kimia gatal, gas pemedih mata, ancaman ISA atau ancaman polis, pasti ada yang tidak kena.

Pendekatan aman demokrasi ini menuntut agar suara mereka didengar, maka ambillah dan timbang betul-betul atas dacing wahai kerajaan yang mengutamakan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Cuba-cubalah dengar suara mereka ini bergelar manusia taraf rakyat biasa.

Tarikh 9 Julai 2011 juga bakal menjadi perkiraan kepada Perdana Menteri mengatur langkah untuk pilihanraya akan datang yang dijangka tidak lama lagi. Adunan kekuatan, penyisihan kelemahan bakal di rencana menjadi resepi terbaik untuk pilihanraya ke-13.

Jika benar rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, maka petunjuk prestasi utama atau KPI kerajaan BN adalah untuk memenuhi keperluan rakyat, bukan menekan, mendera atau mengongkong rakyat.

Maka apa pun rakyat telah semakin bangkit, bukan untuk selamatkan poket pemimpin tertentu atau melenyapkan keamanan tapi demi masa depan cucu-cicit mereka.

Jangan persalahkan rakyat membuka langkah kerana sudah lama memendam kesumat untuk mengadu domba.

Usah parti pembangkang dipersalahkan kerana bertahun-tahun dikatakan menghasut, namun berbeza hari ini kerana mungkin ada benar fakta “hasutannya” yang menyebabkan rakyat semakin percaya. Fikirlah....

Sumber copy dari Roketkini
Aku Dan Teksi © Template Design by joyiman | Publisher : Free Templates for blog| © Best View With Google Chrome