//]]> //]]> //]]>

Sila masukkan alamat email jika ingin Artikel terkini dihantar terus ke email anda:

qrcode

Sekiranya artikel-artikel di blog ini berguna,Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain,gunakan facebook,twitter atau google plus.
dari

admin blog:

joyiman

teksi
TAXI SERVICE 24 Hours From:
KUALA LUMPUR,AMPANG,
GOMBAK,SELAYANG,RAWANG,
KEPONG,SG BULUH
PETALING JAYA, DAMANSARA
SUBANG JAYA, SHAH ALAM.
TO
KLIA Airport & Outstation
email to :
taxiklia@yahoo.com.my
with big luggages and credit card accept
http://www.taxiklia.net
Home » » Dairi kehidupan

Dairi kehidupan



Salam dan Selamat Hari Raya buat sahabat blogger aku dan teksi.
Andaikata ada salah silap sepuluh jari ku pohon maaf.

Sebelum kita berhari raya,biarlah aku postingkan Dairi kehidupan seorang pemandu teksi.
Kisah-kisah kehidupan seharian seorang pemandu teksi yang banyak kali di minta oleh sahabat blog aku dan teksi ini.

23 OGOS: 11PM(malam) Aku melangkah keluar rumah untuk memulakan tugas sebagai pemandu teksi.
Seorang sahabat ingin berjumpa aku,di sri hartamas berhampiran kediamannya.
Lepak di kedai mamak dihadapan kediamanya disamping kawan-kawan seperjuangan.


12 malam,waktu meter teksi akan dikenakan midnight cas,aku memulakan tugas dan terus mendapat panggilan (Radio call)ada pelangan hendak ke Bukit Bintang.

Satu langkah yang baik untuk memulakan tugas.Meter teksi menunjukan rm25 (kalau waktu biasa dalam rm16 je) dan aku diberikan rm30.Menyusuri jalan Bukit Bintang,banyak perubahan yang berlaku,maklumlah aku amat jarang masuk keibukota.(aku selalu hanya bermain di kawasan Pj dan Damansara sahaja)Di jalan sultan Ismail aku mendapat penumpang lagi,yang hendak ke Pantai Dalam dan rezeki aku terus bersambung-sambung sehinga pukul 1.30 pagi.

Balik semula ke Hartamas,berligar-liga mencari penumpang.Jam menunjukan 2pagi,tiada penumpang lagi dengan banyak Kelab-kelab Korea di hartamas sudah di tutup.

Menghubungi kawan-kawan melalui Radio call untuk rehat dan makan sahur di Kayu Ara PJ,maklumlah selepas waktu itu amat kritikal untuk mendapatkan penumpang dengan tambang yang amat memberangsangkan (umpama pengail untuk mencari ikan yang besar dan berharga)

Perjumpaan dengan kawan-kawan,ada yang mengatakan tidak menjadi malam itu,sehingga seorang kawan hanya mendapat rm20 je dan aku Alhamdulilah rm90 sudah diperolehi.

3 pagi kami bergerak untuk mencari lubuk yang boleh mendapatkan rezeki yang lebih malam itu.
*Untuk pengatahuaan semua kami mencari penumpang melalui panggilan radio call,dimana operator  akan membaca alamat rumah penumpang dan kami akan berkerjar kealamat itu.Siapa dekat,cekap dan membawa teksi dengan laju atau siapa sampai dahulu dialamat itu,maka penumpang itu kepunyaannya.Alamat yang menjadi rebutan sudah tentu alamat pergi ke Airport,jika dicampur dengan  midnight cas maka rm100 lebih didalam gengaman,sebab itu mengapa ia menjadi rebutan.

Aku mencari-cari tempat yang sesuai di pagi ini,untuk menunggu,kondo-kondo juga dijelajahi maka sudah tiada tempat lagi untuk aku,kerana sudah ada yang datang terlebih dahulu.

Pukul 4 pagi ada 4 alamat airport kedengaran,maka lepaslah mereka pergi ke airport dan aku masih lagi berlegar-legar.Alamat pukul 4.30 sudah keluar,aku masih tiada rezeki lagi,masih ada dua lagi panggilan midnight,pukul 5 dan 5.30,sehingga pukul 6 pagi(sudah habis midnight cas) aku masih lagi berlegar-legar.

6.30 pagi sesudah subuh,alamat kecik(alamat orang pergi kerja) mula banyak kedengaran,aku tidak akan menungu lagi,alamat inilah akan aku pulun(ambik selagi larat)Aku mendapat rm 150 setelah di tolak perbelanjaan,dengan ditolak lagi  sewa teksi sebanyak rm50,maka gaji aku hanya sebanyak rm100,ini belumlagi di tolak untuk penyelangaraan teksi.

11.30 pagi,aku harus pulang kerumah,kerana orang rumah hendak pergi kerja pula,maka aku akan mengambil alih untuk menjaga anak-anak dirumah(suami mitahili katakan)

Sesudah Zohor aku mula melelapkan mata,sesudah semua anak-anak ku tidur (Tidur selepas zohor sebenarnya tidak baik,ia akan melemahkan badan dan ingatan kita)selalu sejam atau dua jam sahaja aku tidur.

Terjaga dari lena yang panjang,jam menunjukan 6 petang (APA!!!!!)Keadaan ini membuat aku kelam kabut sedikit.Anak-anak belum mandi,rumah pula bersepah,juadah berbuka puasa pun tiada.

9.30 malam,terpaksa pula mengambil orang rumah dari kerja.

11 malam membuka komputer,untuk melihat berita dan e-mail.

12 malam melangkah keluar dari rumah untuk menjalankan tugas harian.Rokok pula habis
(maaf aku seorang perokok,ingat dibulan puasa ini ingin cuba berhenti) pergi kekedai mamak berhampiran kediaman ku,cerita astro pula best lepak minum sekejap.

Cerita habis 1.30,maka kelam kabut pula aku,duit belum masuk lagi.

3  pagi kawan-kawan pula panggil untuk bersahur,sesudah isi gas dan membayar harga makanan,duit tinggal rm 23
4 pagi  baru mula bergerak,mendapat 2 kali penumpang.pergi dekat-dekat sahaja

6 pagi masih lagi berlegar-legar,usahkan alamat besar,alamat kecik pun tak dapat.

6.30 pagi,rezeki datang bergolek,alamat airport didepan mata dan bukan lagi midnight cas maka aku hanya mendapat rm80 sahaja.Balik airport pulun pula alamat kecik.

11.30 pagi pulang kerumah.(ulang semula perkara runtin)

Pendapatanku kali ini setelah ditolak semuanya hanya berbaki rm123 sahaja.

Ini pendapatan bagi kebanyakan pemandu teksi,jika hendak lebih maka berkerjalah lebih masa lagi.
Maka tidak hairanlah bagi pemandu teksi berkerja lebih 16 jam sehari.

Ini sahaja sebahagian Dairi kehidupan aku sebagai pemandu teksi.
Kalau blog ini jarang di update,harap maklum sahajalah.

wasalam:joyiman








Aku Dan Teksi © Template Design by joyiman | Publisher : Free Templates for blog| © Best View With Google Chrome