//]]> //]]> //]]>

Sila masukkan alamat email jika ingin Artikel terkini dihantar terus ke email anda:

qrcode

Sekiranya artikel-artikel di blog ini berguna,Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain,gunakan facebook,twitter atau google plus.
dari

admin blog:

joyiman

teksi
TAXI SERVICE 24 Hours From:
KUALA LUMPUR,AMPANG,
GOMBAK,SELAYANG,RAWANG,
KEPONG,SG BULUH
PETALING JAYA, DAMANSARA
SUBANG JAYA, SHAH ALAM.
TO
KLIA Airport & Outstation
email to :
taxiklia@yahoo.com.my
with big luggages and credit card accept
http://www.taxiklia.net
Home » » Rumah kebajikan penjagaan warga emas

Rumah kebajikan penjagaan warga emas

Salam semua,
Perasaan marah,geram,sedih bercampur gaul bila membaca berita ini.

TAIPING: Seorang wanita warga emas kini hidup menumpang ehsan rumah kebajikan penjagaan warga emas milik sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) berikutan dihalau keluar dari rumah oleh anak tunggal perempuannya, selepas puas mendera mental serta fizikal warga emas itu.


Nasib malang warga emas berusia 65 tahun itu mencapai kemuncaknya awal Oktober lalu selepas dihalau dari rumah dalam keadaan sehelai sepinggang oleh anaknya itu.


Tangisan air mata dan rayuan wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Mariam ini bukan saja tidak dipedulikan, malah dia diseret keluar dari pintu pagar tanpa belas kasihan.



Lebih menyedihkan, wanita itu mendakwa anaknya turut mencelanya bersikap pengotor kerana tidak tahu menguruskan diri dan lebih sesuai tinggal di jalanan.


“Hanya Tuhan tahu perasaan saya dilayan seperti sampah oleh anak kandung yang saya jaga seperti ‘menatang minyak yang penuh’ dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang sejak kecil hingga dewasa.


“Biarpun sudah uzur, saya masih mampu menguruskan diri sendiri untuk ke tandas. Saya hanya tidak larat untuk makan dan memakai pakaian sendiri kerana tidak boleh berdiri tegak serta duduk lama,” katanya berlinangan air mata.


Mariam yang ditemui wartawan Harian Metro di sebuah rumah kebajikan penjagaan warga emas milik sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) di sini, semalam, berkata dia terlalu sedih dengan apa yang berlaku apatah lagi ketika keadaan kian uzur.


“Banyak memori suka duka kami terutama detik menyambut kelahiran anak perempuan tunggal. Kami mencurahkan sepenuh kasih sayang serta memberikan pendidikan terbaik kepadanya sehingga berjaya ke peringkat menara gading,” katanya.


Mariam mendakwa, kasihkan anak dan tidak mahu hidup kesunyian sejak arwah suaminya yang juga bekas pesara kerajaan meninggal dunia lapan tahun lalu, dia mempelawa anaknya tinggal bersama sejak lima tahun lalu.


Katanya, anak perempuannya yang sudah berumahtangga dan mempunyai tiga orang anak, bersetuju berpindah bersama keluarganya tapi kehidupan bahagia diimpikan bertukar menjadi neraka dunia buat ibu malang ini.


“Pada tahun pertama kehidupan saya bersama anak, menantu dan cucu memang bahagia. Tetapi segalanya berubah memasuki tahun kedua apabila anak saya menjadi panas baran dan pantang saya melakukan kesilapan walau kecil, pasti akan dimaki hamun.


“Ketiga-tiga cucu dengan dua daripadanya masih bersekolah menengah manakala seorang lagi sudah menamatkan persekolahan, turut melayan saya seperti orang gaji dan apa menyedihkan, anak saya langsung tidak kisahkan sikap mereka,” katanya.

Bagai mana seorang anak yang mengaku beragama islam tergamak memperlakukan orang tua sendiri sedemikian rupa.
Apakah tidak terfikir,sianak bahawa kita juga akan menjadi tua,lemah,nyanyuk dan tidak bermaya dikemudian hari.Apakah dimasa itu baharu kita akan tersedar,segala perlakuwan kita selama ini.

Pengalaman aku sebagai pemandu teksi,banyak rumah kebajikan penjagaan warga emas ini dihuni oleh orang yang bukan beragama islam.
Mereka dihantar oleh anak sendiri kerumah kebajikan penjagaan warga emas kerana kesibukan mereka mengejar harta dunia,sehingga tiada masa untuk menguruskan orang tua sendiri yang sudah hilang segala upaya mengurus diri sendiri.

Kita yang mengaku sebagai Melayu islam sepatutnya mendidik anak dengan dua keseimbangan yaitu dunia dan akhirat..

wasalam:joyiman
Aku Dan Teksi © Template Design by joyiman | Publisher : Free Templates for blog| © Best View With Google Chrome