//]]> //]]> //]]>

Sila masukkan alamat email jika ingin Artikel terkini dihantar terus ke email anda:

qrcode

Sekiranya artikel-artikel di blog ini berguna,Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain,gunakan facebook,twitter atau google plus.
dari

admin blog:

joyiman

teksi
TAXI SERVICE 24 Hours From:
KUALA LUMPUR,AMPANG,
GOMBAK,SELAYANG,RAWANG,
KEPONG,SG BULUH
PETALING JAYA, DAMANSARA
SUBANG JAYA, SHAH ALAM.
TO
KLIA Airport & Outstation
email to :
taxiklia@yahoo.com.my
with big luggages and credit card accept
http://www.taxiklia.net
Home » » Teksi untuk wanita

Teksi untuk wanita

KUALA LUMPUR - Kegelisahan penumpang teksi wanita berhubung keselamatan mereka kini berakhir dengan pelancaran projek 'Teksi Wanita'.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kei berkata fasa perintis projek itu, dengan kerjasama ABEX Manufacturing Sdn Bhd, akan menyasarkan 400 teksi beroperasi secara 'on-call' di sekitar Lembah Klang secara berperingkat.

"Setakat ini, kami telah ada 50 pemandu teksi wanita dan kita menggalakkan mereka yang berminat untuk menceburi bidang ini, terutama suri rumah, ibu tunggal dan pesara," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita di Terminal Bersepadu Selatan di sini hari ini.

Beliau berkata teksi itu akan dipandu oleh wanita dan bersedia memberi perkhidmatan kepada penumpang wanita yang bersendirian atau membawa anak agar mereka dapat menjalankan urusan harian dengan selesa serta lancar.



"Sehingga kini, terdapat tiga buah syarikat iaitu Destination Transport, Zalnas Sdn Bhd serta Koperasi Pengangkutan Putrajaya dan Cyberjaya yang boleh dihubungi bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut," katanya.

Heng juga meminta golongan wanita yang berminat membawa teksi menghubungi ABEX untuk keterangan lanjut dan latihan serta kursus akan diberikan.

"Projek ini juga secara tidak langsung mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan wanita bagi meningkatkan taraf hidup isi rumah yang berpendapatan rendah," katanya.

Beliau berkata penumpang boleh mengenal pasti teksi tersebut dengan stiker khas iaitu TeksiWanita yang dilekatkan pada kenderaan.

"Ini membuktikan bahawa masih wujud di zaman ini kelompok manusia yang melakukan kezaliman dan penindasan terhadap wanita bagi membuktikan kekuatan dan kekuasaan mereka," katanya. - Bernama

ULASAN:
Kegelisahan penumpang teksi wanita berhubung keselamatan mereka kini berakhir :

Rasanya perkataan "Berakhir" ini tidak tepat,dengan hanya 50 teksi sahaja ia tidak akan mampu menampung penguna wanita untuk mendapatkan "Teksi Wanita" ini.

Jadi jangan dikhabarkan ianya akan "Berakhir"
Aku Dan Teksi © Template Design by joyiman | Publisher : Free Templates for blog| © Best View With Google Chrome