//]]> //]]> //]]>

Sila masukkan alamat email jika ingin Artikel terkini dihantar terus ke email anda:

qrcode

Sekiranya artikel-artikel di blog ini berguna,Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain,gunakan facebook,twitter atau google plus.
dari

admin blog:

joyiman

teksi
TAXI SERVICE 24 Hours From:
KUALA LUMPUR,AMPANG,
GOMBAK,SELAYANG,RAWANG,
KEPONG,SG BULUH
PETALING JAYA, DAMANSARA
SUBANG JAYA, SHAH ALAM.
TO
KLIA Airport & Outstation
email to :
taxiklia@yahoo.com.my
with big luggages and credit card accept
http://www.taxiklia.net
Home » » Isteri harus taat pada suami

Isteri harus taat pada suami

Hak lelaki ke atas perempuan
Mari membacanya

Hadis iaitu Nabi s.a.w. bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taatlah kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, nescaya sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran. Sungguhpun begitu sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al-Imam Bazzar).

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

(Hadis riwayat ath-Thabarani)



(Hadis riwayat al-Bukhari)

Surah An-Nisa : ayat 34
Ertinya : "Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka."

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (ra)  bersabda Rasulullah SAW mafhumnya:
" Sebaik-baik perempuan (isteri) ialah apabila dipandang oleh suaminya, menggembirakannya. Apabila disuruh oleh suaminya ia menurut saja tanpa ingkar, jika suaminya tidak ada, ia akan memelihara harta suaminya dan juga dirinya. Perempuan yang derhaka kpd suaminya tidak boleh diberi nafkah dan bahagiannya."

Sabda Nabi SAW lagi, mafhumnya:
" Apabila waktu malam, si isteri meninggalkan tempat tidur suaminya, dilaknati oleh semua malaikat hingga waktu subuh."

Sabda Nabi SAW lagi, mafhumnya:
" Sesiapa yang menganiaya suaminya dan memberatkan suaminya yang tidak mampu melakukannya serta menyakiti hati suaminya, nescaya dilaknati oleh Malaikatul Rahmat dan Malaikat Azab."
" Sesiapa di kalangan isteri yang sabar ketika suaminya sakit, Allah Taala akan memberikannya pahala Asmah dan Maryam bt Imran."

Berkata Ibnu Abbas (ra) bhw dia mendengar Rasulullah SAW bersabda mafhumnya:
"Jika seseorang isteri mendirikan solat sepanjang malam dan berpuasa sepanjang hari, apabila suaminya mengajak isterinya ke tempat tidur, si isteri terlewat dalam satu saat, maka pada hari kiamat nanti, perempuan (isteri) itu datang dengan dirantai beserta syaitan dengan menuju ke dalam neraka yang terkebawah sekali."

Sabda Nabi saw lagi, mafhumnya:
" Di mana-mana sahaja perempuan (isteri) itu derkaha kepada suaminya, maka dilaknat Allah Taala, malaikat dan seluruh manusia."

Berkata Ali bin Abi Talib (kwj)  dia mendengar Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
" Jika perempuan (isteri) menjadikan salah satu tangannya terbakar dan sebelah lagi di gunakan untuk memasak dan dihantarkan kepada suaminya, padahal suaminya tidak redha terhadap perempuan (isteri) itu,maka pada hari kiamat nanti, isterinya berada bersama dengan Yahudi dan Nasrani."

Demikianlah tingginya status suami terhadap isterinya, suami yang menggantikan ibu bapa perempuan (isteri) itu sebagai penjaga dan akan bertanggungjawab ke atas perempuan itu di akhirat nanti. Derhaka pada suami samalah seperti derhaka terhadap kedua ibu bapanya.


Ketaatan isteri terhadap suami ialah kepatuhan yang dituntut Islam. Suami, di samping bertanggungjawab memberikan nafkah lahir dan batin, bertanggungjawab membimbing isterinya ke jalan benar.


Sekiranya tidak mampu untuk mengajarnya, hendaklah dibenarkan isteri keluar rumah untuk menuntut ilmu. Oleh itu, isteri harus setia kepada suami yang soleh dan sedia mengikuti segala perintahnya.

Firman Allah bermaksud:
"Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah, lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka."
(Surah an-Nisaa¹, ayat 34)

Saidina Umar berkata bahawa Rasulullah bersabda:
"Wanita yang berkata kepada suaminya bahawa dia tidak melihat kebaikan yang ada pada suaminya, maka Allah menggantungkan amalan baiknya selama tujuh puluh tahun, walaupun dia berpuasa sepanjang hari dan beribadah pada malam hari"
(Hadis riwayat Ibnu Majah dan Nasa¹i)

Sabda Rasulullah lagi bermaksud:
"Aku melihat dalam neraka, ramai antara ahlinya adalah wanita. Maka seorang wanita bertanya: Mengapa ya Rasulullah?
Rasulullah menjawab:
"Mereka banyak bersumpah dan tidak berterima kasih kepada suaminya"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Tanggungjawab wanita sebagai hamba Allah adalah dengan melaksanakan ketaatan kepada ibu bapanya sebelum berumah tangga. Apabila berumah tangga ketaatan paling utama selepas Allah dan rasul-Nya ialah kepada suami.

Hak isteri keatas suami.

Perlu disebutkan di sini, al-Quran amat jelas menerangkan bahawa suami tidak boleh melakukan keganasan mental kepada isteri menerusi firman Allah SWT yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata.” (QS 4:19)

Umar bin Khattab r.a. berkata:
"Kami orang-orang Quraisy pada kebiasaannya menguasai isteri. Tetapi tatkala tiba di Madinah (setelah hijrah) kami mendapati orang-orang Ansar dikuasai isteri-isteri mereka. Sejak saat itu, isteri-isteri kami mula mengikuti tabiat wanita-wanita Ansar itu. Oleh itu aku sangat marah kepada isteriku. Tetapi dia membantahku, sehingga aktu tidak boleh menerimanya. Dia membela diri dengan mengatakan : “Mengapa kamu tidak boleh terima jika aku membantahi? Ðemi Allah, bukankah isteri-isteri Nabi pernah membantah baginda, bahkan salah seorang dari mereka pernah berdiam diri dari baginda (tidak bercakap) selama sehari semalam sehingga aku takut kerananya"
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)




Hanya sekadar berkongsi cerita selepas membaca blog Ini
wasalam:joyiman
Aku Dan Teksi © Template Design by joyiman | Publisher : Free Templates for blog| © Best View With Google Chrome