//]]> //]]> //]]>

Sila masukkan alamat email jika ingin Artikel terkini dihantar terus ke email anda:

qrcode

Sekiranya artikel-artikel di blog ini berguna,Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain,gunakan facebook,twitter atau google plus.
dari

admin blog:

joyiman

teksi
TAXI SERVICE 24 Hours From:
KUALA LUMPUR,AMPANG,
GOMBAK,SELAYANG,RAWANG,
KEPONG,SG BULUH
PETALING JAYA, DAMANSARA
SUBANG JAYA, SHAH ALAM.
TO
KLIA Airport & Outstation
email to :
taxiklia@yahoo.com.my
with big luggages and credit card accept
http://www.taxiklia.net
Home » , » TaxiMonger aplikasi untuk menempah teksi

TaxiMonger aplikasi untuk menempah teksi




TaxiMonger mengendalikan tempahan teksi secara online. Antara ciri-ciri menarik perkhidmatan yang ditawarkan oleh TaxiMonger ini ialah para pengguna yang menggunakan perkhidmatan teksi dapat memberikan komen atau pandangan kepada pemandu-pemandu teksi (berpandukan nombor pendaftaran kereta) yang memberikan perkhidmatan teksi pada mereka melalui aplikasi ini.

TaxiMonger juga akan mengintegrasi ciri-ciri dan fungsi aplikasi telefon pintar SecQ.me dengannya. SecQ.me, sebuah syarikat bersekutu TaxiMonger, menawarkan aplikasi telefon pintar unik yang boleh didapati melalui platform Android dan iOS yang telah dipatenkan di Malaysia dan seluruh dunia.

Apabila disepadukan, pelanggan teksi yang menempah teksi dengan aplikasi TaxiMonger akan mempunyai pengawal peribadi maya memantau mereka sebaik sahaja mereka melangkah ke dalam teksi. SecQ.me juga boleh digunakan oleh pemandu teksi untuk melindungi diri mereka daripada jenayah.

TaxiMonger dijangka akan dikembangkan ke bandar-bandar utama yang lain di Malaysia. Dengan aplikasi ini, pengguna boleh menempah teksi tanpa perlu menghubungi talian hotline/pusat panggilan teksi.




Yang ingin mengunakan aplikasi ini boleh dapatkan di sini  play.google. taximonger


Aku Dan Teksi © Template Design by joyiman | Publisher : Free Templates for blog| © Best View With Google Chrome