//]]> //]]> //]]>

Sila masukkan alamat email jika ingin Artikel terkini dihantar terus ke email anda:

qrcode

Sekiranya artikel-artikel di blog ini berguna,Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain,gunakan facebook,twitter atau google plus.
dari

admin blog:

joyiman

teksi
TAXI SERVICE 24 Hours From:
KUALA LUMPUR,AMPANG,
GOMBAK,SELAYANG,RAWANG,
KEPONG,SG BULUH
PETALING JAYA, DAMANSARA
SUBANG JAYA, SHAH ALAM.
TO
KLIA Airport & Outstation
email to :
taxiklia@yahoo.com.my
with big luggages and credit card accept
http://www.taxiklia.net
Home » , » Aplikasi SPAD untuk penguna teksi

Aplikasi SPAD untuk penguna teksi



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memperkenalkan aplikasi mySPAD iaitu perkhidmatan bergerak yang membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan pengangkutan awam seperti bas, teksi, rel dan terminal.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, aplikasi ini dibangunkan bersama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Jabatan Perdana Menteri di bawah inisiatif myGov bertujuan memberikan perkhidmatan mendapatkan maklumat berkaitan pengangkutan awam dengan mudah, tepat dan di mana jua.

"Aplikasi ini disediakan dalam versi Android dan boleh dimuat turun dari 'Google Play Store' dilihat mampu dimanfaatkan oleh pengguna perkhidmatan awam dan juga pelancong asing bagi membantu mereka mendapatkan maklumat pengangkutan awam dengan mudah.

"Perkhidmatan yang disediakan dalam aplikasi ini termasuklah bagi pengesahan status pemandu teksi, senarai syarikat teksi, semakan bas sekolah yang berdaftar, jadual perjalanan bas, jadual tambang dan perjalanan rel serta maklum balas kepada SPAD," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Kempen Pengguna Mengenai Penggunaan Meter Teksi anjuran SPAD dan Persatuan Pelancongan BBKLCC di Jalan Bukit Bintang di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Nur Ismal Mohamed Kamal dan Pengerusi Persatuan Pelancongan BBKLCC, Joyce Yap.

Tambah Syed Hamid, aplikasi mySPAD ini juga merupakan satu inisiatif bagi memberikan keselesaan kepada orang ramai terutamanya pelancong bagi menggunakan perkhidmatan awam di negara ini.

"Ini sebagai langkah bagi menjamin keselamatan penumpang serta memudahkan mereka membuat aduan kepada sekali gus dapat diambil tindakan segera oleh SPAD.

"Malah diharapkan aplikasi ini dapat melancarkan pergerakan serta memudahkan urusan pelancong asing ke negara ini ketika negara bakal menganjurkan Tahun Melawat Malaysia 2014," .
Aku Dan Teksi © Template Design by joyiman | Publisher : Free Templates for blog| © Best View With Google Chrome