//]]> //]]> //]]>

Sila masukkan alamat email jika ingin Artikel terkini dihantar terus ke email anda:

qrcode

Sekiranya artikel-artikel di blog ini berguna,Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain,gunakan facebook,twitter atau google plus.
dari

admin blog:

joyiman

teksi
TAXI SERVICE 24 Hours From:
KUALA LUMPUR,AMPANG,
GOMBAK,SELAYANG,RAWANG,
KEPONG,SG BULUH
PETALING JAYA, DAMANSARA
SUBANG JAYA, SHAH ALAM.
TO
KLIA Airport & Outstation
email to :
taxiklia@yahoo.com.my
with big luggages and credit card accept
http://www.taxiklia.net
Home » » Surat berantai

Surat berantai




PENYEBARAN maklumat berantai semakin menjadi-jadi bukan sahaja melalui e-mel malah rangkaian media sosial seperti Facebook dan Whatsapp.

Penyebaran maklumat berantai di Malaysia bukanlah satu fenomena baru. Sebelum kehadiran Internet, surat berantai disebarkan di merata tempat termasuk di tempat-tempat awam, kawasan perumahan serta masjid.

Kisah surat berantai mengenai wasiat untuk umat Islam daripada penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad merupakan antara surat berantai yang paling popular dan masih disebarkan sehingga ke hari ini, meskipun Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 telah mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St. Antonio, Texas, Amerika Syarikat sekitar tahun 1974 dan 1975 bagi tujuan mengelirukan umat Islam.

Penyebaran surat tersebut dianggap khurafat dan dikhuatiri boleh gugur syahadah atau pun murtad.

Antara bentuk mesej berantai yang disebarkan adalah ia diakhiri dengan amaran-amaran yang menakutkan orang ramai dengan mengatakan bahawa mereka yang menerima mesej tersebut dan tidak mengirimkannya kembali kepada orang lain akan ditimpa bencana.

Selain menimbulkan kekeliruan dan panik, mesej tersebut juga boleh menyebabkan syirik kecil dengan lebih mempercayai kekuasaan kandungan mesej berbanding dengan kuasa Yang Maha Esa.

Media sosial yang antara ciri-cirinya terbuka, murah, mudah dan pantas membolehkan mesej berantai seperti wasiat penjaga makam tersebut disebarkan dengan lebih meluas.

Kebanyakan pengguna dilihat lebih suka menyebarkan mesej berantai tersebut tanpa memahami dan membaca isi kandungannya terlebih dahulu.

Apatah lagi untuk mengkaji kesahihan dan sumbernya. Lebih membimbangkan apabila kajian yang dilakukan oleh universiti tempatan mendapati bawah generasi belia pada hari ini lebih cenderung mempercayai sumber daripada Internet dan rakan.

Baru-baru ini, penyebaran pelbagai fitnah dan khabar angin kembali berleluasa di Facebook dan Whatsapp dan sebagainya. Antara maklumat yang tersebar seperti situasi banjir, ancaman tsunami dan sebagainya.


video


video


P/s banyak sekarang ini, berbagai msj disebarkan dengan memetik ayat - ayat suci Al Quran.

Edit dari utusan.
Aku Dan Teksi © Template Design by joyiman | Publisher : Free Templates for blog| © Best View With Google Chrome