//]]> //]]> //]]>

Sila masukkan alamat email jika ingin Artikel terkini dihantar terus ke email anda:

qrcode

Sekiranya artikel-artikel di blog ini berguna,Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain,gunakan facebook,twitter atau google plus.
dari

admin blog:

joyiman

teksi
TAXI SERVICE 24 Hours From:
KUALA LUMPUR,AMPANG,
GOMBAK,SELAYANG,RAWANG,
KEPONG,SG BULUH
PETALING JAYA, DAMANSARA
SUBANG JAYA, SHAH ALAM.
TO
KLIA Airport & Outstation
email to :
taxiklia@yahoo.com.my
with big luggages and credit card accept
http://www.taxiklia.net
Home » , » RASUAH TEKSI SAPU DI KLIA, KLIA2

RASUAH TEKSI SAPU DI KLIA, KLIA2

RASUAH TEKSI SAPU DI KLIA, KLIA2: SEMBILAN TERMASUK ENAM ANGGOTA AGENSI KUAT KUASA DIREMAN

LIMA pembantu penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, direman selama enam hari mulai hari ini.

Mahkamah Majistret Shah Alam membenarkan permohonan menahan reman ke atas kesemua enam penjawat awam itu.

Mereka ditahan oleh SPRM Selangor bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan daripada pemandu teksi dan kereta sapu yang mengambil penumpang tanpa kebenaran kuasa yang sah di KLIA dan KLIA2.

Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

SPRM turut mendapat kebenaran mahkamah menahan reman tiga pemandu teksi, juga selama enam hari, kerana menawar dan memberi rasuah kepada anggota penguat kuasa. Ketiga-tiga pemandu teksi terbabit disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.

Perintah tahanan reman ke atas kesemua sembilan suspek dikeluarkan oleh Majistret Khairul Nizam Abu Bakar.

Kesemua suspek yang ditahan semalam, berumur dalam lingkungan 20-an hingga 60-an, dibawa ke Kompleks Mahkamah Shah Alam pada pukul 9 pagi tadi.

SPRM menjalankan siasatan susulan maklumat bahawa pemandu-pemandu teksi yang sah tertekan dengan kehadiran teksi sapu yang tidak mempunyai permit mengambil penumpang di kawasan KLIA dan KLIA2.

Hasil siasatan awal menunjukkan sindiket berkenaan telah membuat bayaran mingguan kepada pegawai penguat kuasa sekitar RM600 hingga RM720, melibatkan lima hingga enam pengusaha teksi.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA

23 MAC 2016
Aku Dan Teksi © Template Design by joyiman | Publisher : Free Templates for blog| © Best View With Google Chrome