//]]> //]]> //]]>

Sila masukkan alamat email jika ingin Artikel terkini dihantar terus ke email anda:

qrcode

Sekiranya artikel-artikel di blog ini berguna,Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain,gunakan facebook,twitter atau google plus.
dari

admin blog:

joyiman

teksi
TAXI SERVICE 24 Hours From:
KUALA LUMPUR,AMPANG,
GOMBAK,SELAYANG,RAWANG,
KEPONG,SG BULUH
PETALING JAYA, DAMANSARA
SUBANG JAYA, SHAH ALAM.
TO
KLIA Airport & Outstation
email to :
taxiklia@yahoo.com.my
with big luggages and credit card accept
http://www.taxiklia.net
Home » » WARKAH TERBUKA BUAT DATUK SERI NAJIB RAZAK

WARKAH TERBUKA BUAT DATUK SERI NAJIB RAZAK




taxi watch atau taxi monger adalah e-hailing pertama di gunakan oleh pemandu teksi sejak 2012 lagi.

penjenaman semula oleh taxi monger


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

 Assalamualaikum Datuk Seri.
Terlebih dahulu ingin saya memohon maaf kiranya ada catitan dibawah ini menyinggung DS.Saya adalah rakyat Malaysia yang bertugas sebagai Duta Kecil @ pemandu teksi.

DS,sewaktu pembentangan bajet 2017,saya tidak sedikit pun merasa terkejut dengan pengumuman DS mengajak rakyat untuk menjadi pemandu UBER.Keputusan DS telah kami jangkakan kerana kami mengetahui bahawa salah sebuah syarikat pelaburan negara iaitu Khazanah Nasional dan juga KWAP telah pun melabur di dalam syarikat(UBER) yang telah terbukti rugi di seluruh dunia (sehingga kini).Namun,saya agak terkilan kerana DS mengajak rakyat melanggar segala undang undang yang telah dibuat oleh Parlimen di mana DS merupakan ketuanya.Saya senaraikan beberapa point penting disini.

A.AKTA
Begitu banyak akta yang telah dilanggar antaranya :
1.AKTA PENGANGKUTAN AWAM DARAT (APAD)2010 yang mana disana jelas mengatakan kenderaan persendirian TIDAK dibenarkan menjalankan aktiviti mengambil penumpang dan menerima bayaran tambang.
2.AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1976
3.AKTA INSURAN
4.AKTA PERBANKAN
Bagi tujuan membeli kenderaan sebagai persendirian atau komersil.
Adakah segala akta ini telah diusulkan,dibahaskan,dipinda dan dilulus bagi membolehkan perkhidmatan kereta sapu beroperasi ?

B.E-HAILING
DS,mengajak pemandu Teksi menggunakan perkhidmatan e-hailing sebagai satu medium baru.Tahukah DS bahawa sebelum adanya UBER dan GRABCAR,kami pemandu teksi telah terlebih dahulu menggunakan perkhidmatan e-hailing (taxi watch atau taxi monger digunakan sejak 2012)ini selaras dengan kemajuan dunia teknologi.Pada mula segala berjalan dengan lancar namun apabila melihat Kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap kereta sapu profesional maka kami telah di sisihkan.Ini adalah kerana pihak mereka mendapati bahawa lebih mudah bagi mereka mencari keuntungan dengan menggunakan kenderaan persendirian.



Komisen yang mereka (kapitalis) ini perolehi dari keringat orang ramai yang melakukan kerja ini adalah tinggi.Tahukah DS dengan hanya menekan satu butang mereka boleh memanipulasi pemandu mereka.Dan tindakan mereka ini tidak boleh dipersoal oleh pemandu mereka.

C.INSTITUSI KELUARGA
1.Tidakkah DS fikirkan perasan seorang anak apabila bangunnya sewaktu pagi ayah mereka tiada disisi dan apabila tidurnya ayah masih belum pulang mencari rezeki diluar sana.Mungkin perasaan ini tidak dirasai oleh pegawai DS yang menyogok anak² mereka dengan kemewahan.
2.Tahukah DS berapa ramai pemandu Teksi yang terpaksa bercerai berai kerana gagal dalam menyediakan nafkah keluarga ?
3.Adakah DS peduli tentang kehidupan kami ? Beberapa sahabat Teksi saya telah pun pulang ke rahmatullah (Al Fatihah untul mereka) kerana terlalu penat mencari rezeki semenjak kehadiran servis kereta sapu.
4.DS,saya ingin menjemput DS untuk datang ke padang solar di KLIA pada jam 2 atau 3 pagi untuk DS lihat bagaimana seorang yang lebih berumur dari DS terpaksa tidur didalam Teksi demi kelangsungan hidup.

D.TRANSFORMASI
Dalam ucapan DS pada majlis bersama pemandu Teksi di Putrajaya pada tahun 2014 ada mengatakan bahawa transformasi kenderaan juga diperlukan.Kita memerlukan kenderaan yang besar seperti proton exora untuk memberi keselesaan pada penumpang. Akan tetapi dalam bajet 2017, DS pula mencadangkan proton iriz digunakan sebagai satu dari kenderaan pengangkutan awam.Pelik tetapi benar.

E.Bantuan RM60 juta untuk pemandu Teksi dengan geran sebanyak RM5000 seorang.
Tahukah DS didalam borang permohonan permit individu ada tertulis bahawa pemohon perlu menunjukkan bukti bahawa mereka mempunyai sekurang²nya 30% deposit dari nilai kenderaan.
Adakah DS fikir kami pemandu Teksi mempunyai wang sebanyak itu ?
Ketahuilah bahawa pendapatan kami terjejas teruk sehingga tahap 50% pendapatan kami hilang.

Cukup sampai disini Datuk Seri.
Kami mahukan keadilan.
Berikan kami 'level playing field' yang sepatutnya.
Semoga Allah membuka pintu hati DS dan semoga Allah membuka langit rezeki buat kami seluas luasnya.In Sha Allah.

SAID AZLAN
SHAH ALAM 24 OKTOBER 2016

Copy paste ...
p/s
Bercakap dengan orang yang tak tahu kesusahan rakyat..
Poket sendiri diutamakan,rakyat didahulukan untuk menangung kesusahan..
Aku Dan Teksi © Template Design by joyiman | Publisher : Free Templates for blog| © Best View With Google Chrome